Hari ini 5 Ramadhan 1435H bertempat di Masjid Sultan Ismail UTM, telah diadakan satu Liga Ilmu Bicara Ramadhan bersama Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin yang membicarakan ilmu bertajuk Rumahku Bersama Ramadhan. Sebelum aku ceritakan intipati majlis ilmu ni, first aku nak perkenalkan dulu sapaaaaa laaaaa Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin ni, beliau merupakan seorang peguam syari'e, pakar motivasi serta penceramah bebas yang kerap muncul di dalam tv contohnya seperti rancangan 'Tanyalah Ustaz'. Selain tv, ustaz amin juga sering muncul dalam radio ikim.fm dalam slot 'Pesona D'Zahra yang membincangkan isu-isu rumahtangga dan kekeluargaan.
Ok, habis sudah bercerita tentang Ustaz, dapat dikatakan sepanjang program banyak ilmu bermanfaat yang dikongsikan bersama, ade satu benda yang menarik berlaku sewaktu pertengahan majlis berlangsung, ustaz meminta para hadirin untuk berdiri, berselawat kepada junjungan besar Rasulullah SAW, selain untuk mengingat dan menghargai baginda, ianya juga bertujuan untuk mengaktifkan balik para hadirin supaya hilang rasa mengantuk, memang menjadi lah teknik tu.. hehehe..
Antara isu yang diutarakan...
First, tentang asal kejadian manusia, manusia pertama yang diciptakan adalah nabi Adam a.s. Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan. Nabi Adam dan Hawa diturunkan di bumi kerana hasutan syaitan, Nabi Adam diturunkan di Gunung Sri Pada, Sri Lanka yang sekarang ini dikenali sebagai 'Adam Peak'. Hawa pula dikatakan diturunkan di Jeddah dan mereka dikatakan bertemu di Arafah. Para malaikat pernah bertanyakan mengapakah manusia diciptakan sedangkan mereka sentiasa taat dan mengikut segala suruhan Allah. Dan apabila nabi Adam dan Hawa telah melakukan kesalahan, mereka telah dibuang ke bumi dan kemudiannya berlaku pembunuhan pertama diantara anak adam iaitu pembunuhan Habil dan selepas itu, semakin banyak kerosakan yang dilakukan oleh manusia, hal ini menyebabkan malaikat mempertikaikan penciptaan manusia. Kemudian Allah berkata, pernahkah kamu wahai malaikat, diuji sepertimana manusia diuji? Kemudian Allah bertanya adakah dari kalangan malaikat yang ingin merasai ujian seperti manusia, dan 2 malaikat iaitu Harut dan Marut menyahut ujian itu, dan Harut dan Marut pun diturunkan ke bumi dan dengan diberi sifat-sifat yang sama seperti yang melekat pada manusia (Nafsu syahwat, Akal, dll). Demikianlah Allah menunjukkan kebijaksanaannya. Allah mengutus 2 dari para malaikat yang sedang berbincang tadi ke bumi dengan dibekali hawa nafsu yang juga dimiliki manusia lainnya. Akhirnya kedua dua malaikat ini gagal mempertahankan hawa nafsu mereka, dan mereka juga turut mengajarkan sihir kepada manusia yang mengakibatkan kacau bilau di muka bumi ini, akhirnya kedua dua malaikat ini dimurkai Allah dan telah menerima hukuman di dunia ini..
Perkara kedua yang dibincangkan adalah mengenai nafsu, yang merupakan musuh utama kepada manusia. Diceritakan bahawa akal, sebelum diletakkan pada manusia, telah ditanya oleh Allah, 'wahai akal, siapakah aku dan siapakah kamu?', akal menjawab, 'Ya Allah, aku hambamu dan Engkau Tuhanku'. Kemudian soalan yang sama turut ditanyakan pada nafsu, 'wahai nafsu, siapakah aku dan siapakah kamu?', nafsu menjawab, 'aku adalah aku dan Engkau adalah engkau', kemudian nafsu telah dikurung, untuk kali kedua nafsu disoal dengan soalan yang sama, nafsu masih memberikan jawapan yang sama, begitu juga jawapannya apabila nafsu diuji dan dikurung di tempat yang sangat sejuk. Namun apabila diuji dengan tidak memberikan makanan, nafsu tidak mampu menahan dan mengakui bahawa Allah adalah tuhanNya dan dia adalah hamba. Oleh sebab itu, nafsu manusia terletak diantara kedua lambung kiri dan kanan iaitu pada perut dan juga pada bahagian kemaluan. Oleh itu, manusia yang mampu menahan nafsu merupakan manusia yang hebat, nafsu ini sifatnya suka merengek rengek, seperti anak kecil yang menginginkan mainan.. So korang faham x sekarang cerita kat atas, nafsu ini memang susah untuk dikawal, even malaikat bila diuji dengan nafsu pon tidak mampu mencengahnya, tetapi nafsu ini boleh di didik, dan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, haruslah mampu menahan nafsu, x kira nafsu ape2 sekalipon kan... Dengan adanya bulan Ramadhan ini, kita berjaya mengawal hawa nafsu, In Shaa Allah... dan waktu inilah peluang untuk kita mendidik nafsu kita, okayh!
Perkara ke 3 yang dibincangkan adalah berkenaan syaitan, syaitan berasal daripada kalangan Jin yang mempunyai sifat bangga diri dan dengki. Setelah penciptaan Nabi Adam, Syaitan ini telah diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam. Disebabkan sifat takbur yang menebal dalam dirinya, syaitan telah ingkar kepada perintah Allah kerana penciptaannya adalah daripada Api sedangkan Nabi Adam daripada Tanah. Jadi mana mungkin Syaitan ingin sujud kepada Nabi Adam? Pengingkaran oleh syaitan telah menyebabkan syaitan dilaknat Allah. Oleh itu, syaitn telah meminta kepada Allah untuk dipanjangkan usia sehingga kiamat dan berjanji untuk menyesatkan anak Adam dengan menampakkan maksiat sebagai elok dimata manusia dan menjadikan maksiat itu bukan suatu kesalahan. Untuk menyesatkan manusia,syaitan akan membisikkan dalam hati manusia untuk melanggark perintah Allah seperti isteri derhaka kepada suami, anak derhaka kepada ibubapa sehingga menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. Jika dibandingkan bisikan syaitan dengan nafsu, bisikan syaitan ini bersifat merancang.
Sebagai ummat Nabi Muhammad SAW, Allah telah menganugerahkan kepada ummat ini satu malam yang istimewa iaitu malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan yang menyamai 1000 bulan sebagai tanda kasih dan sayang Allah kepada Ummat Nabi Muhammad SAW. Kelebihan bulan ini, Allah telah mengikat syaitan dan manusia terhindar daripada hasutan syaitan. Perjuangan manusia dalam bulan ini adalah untuk mendidik diri mengawal hawa nafsu terutamanya nafsu makan dan syahwat. Seseorang yang berjaya mendidik dan mengawal hawa nafsu mampu untuk meningkatkan diri dengan ketakwaan dengan melakukan segala amalan fardhu dan sunat di bulan Ramadha ini. Kerana Allah telah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda seperti amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadhan ganjarannya adalah sama seperti amalan fardhu, manakala amalan fardhu yang dilakukan akan digandakan kepada 70 kali ganda.
Kekuatan hati untuk beramal hanya didapati apabila kita dapat mengawal hawa nafsu. Seperti satu kisah pada zaman Nabi Daud iaitu Jalut dan Talut. Jalut adalah Raja yang zalim. Untuk menyelamatkan bumi Palestine (Baitulmaqdis) daripada dimunsnahkan oleh tentera Jalut, dengan izin Allah, seorang petani yang bernama Talut telah dipilih sebagai pemimpin untuk melawan tentera jalut. Talut ini dikatakan sebagai seorang yang Bijak dan mempunyai susuk tubuh yang tinggi dan besar. Dipendekkan cerita, pada hari bala tentera Talut termasuk Nabi Daud (sewaktu kecil) bersiap sedia untuk bertempur dengan tentera Jalut, Talut telah menasihatkan bala tenteranya supaya "apabila telah sampai ke suatu sungai, mereka dibenarkan untuk meminum secedok air sahaja". Namun, apabila tiba di sungai tersebut, ramai tentera Talut telah melanggar nasihat Talut. Hanya sebahagian kecil sahaja yang mendengar nasihat Talut. Oleh itu, Apabila sedang berhadapan tentera Jalut, tentera-tentera Talut yang tidak mendengar nasihat telah menjadi kecut perut dan ada yang tidak sanggup untuk berperang dengan tentera Jalut. Namun, hanya tentera yang mendengar nasihat Talut sahaja yang mara kehadapan untuk menewaskan tentera Jalut termasuklah Nabi Daud. Dan akhirnya Nabi Daud dapat membunuh Jalut dengan tangan Baginda sendiri. Pengajaran daripada kisah ini adalah, apabila seseorang dapat menundukkan nasfu (nafsu makan) mampu memberi kekuatan hati untuk berjuang. Jika hawa nafsu dituruti hati akan menjadi lemah terutamanya dalam mengharungi bulan Ramadhan.
Pelbagai kisah dan teladan telah dikongsikan sepanjang majlis itu berlangsung, diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang sume yg turut membaca.. Sekalung terima kasih diucapkan kepada sahabatku bagi menyiapkan penulisan ini, jasamu akan ku kenang ye sahabat, semoga kita semua dapat mengharungi bulan yang mulia ini dengan hati yang penuh keikhlasan, jauhkan hasad dengki, mengumpat dan sewaktu dengannye..
0 comments:
Post a Comment