Assalamualaikum semua
Hari ni nak borak pasal ape ye, adooiii... pening kepala den.. hehe.. haa, aku nak share dengan korang petua untuk berjaya, semua petua ni ak petik daripada buku Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof, '55 Petua Orang Berjaya'. Buku ini menghimpunkan idea-idea kejayaan individu dan tokoh yang pandai menguruskan kehidupan mereka sehingga mencapai kejayaan..

Okay, salah satu petuanya adalah "Berfikir seperti Juara". Di sini datuk membicarakan tentang angan-angan mat jenin, mesti korang dah taw sangat kan dengan cite mat jenin yang suka mengelamun, sebenarnya tidak salah untuk mengelamun,tapi biarlah kena pada tempat dan masanya, hehe, silapnya mat jenin kat sini adalah kerana dia berangan kat atas pokok hingga terjatuh, hal ini boleh membawa mudarat.. tu je.. hehehe.. Apabila kita membayangkan diri kita orang yang berjaya, itu bermakna kita sudah menghampiri kejayaan..
Kedua adalah petua daripada Tun Dr. Mahathir yang digelar sebagai bapa permodenan, haa.. hebatkan Tun ni, beliau terkenal kerana telah membawa banyak perubahan kepada negara sehingga negara mampu mengeluarkan kereta berjenama sendiri seperti proton. Kejayaan beliau ini adalah kerana beliau percaya bangsa melayu boleh berjaya apabila mereka percaya mereka boleh berjaya, beliau sering menyebut "Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal".. so kawan2, mulai hari ini, jom kita fikirkan positive, we can do it!!!!.. oh yeeaahhh..

Ok la kawan2, tak salah untuk berangan-angan, kerana dengan mempunyai angan-angan kita akan mencuba untuk mencapai apa yang kita inginkan tu, hehe.. dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah...

0 comments:
Post a Comment