Kes Pembunuhan Amina dan Sara

Assalamualaikum kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Sedar tak sedar, tinggal lagi dua bulan untuk kita menyambut ramadhan. Semoga ramadhan yang mendatang membawa lebih banyak kebaikan dari sebelumnya. Semua dah ganti puasa ke? Hikhikhik.. Dah lama ak x karang dekat blog ni, tetiba hari ni hati tergerak nak usha blog plak selepas beberapa tahun... Haaa, lame x lame. Saje nak share pasal kes ni, sbb waktu tu ak tengah xde keje dekat opis, ak buka utube sat, ternampak video pasal kes pembunuhan ni. Kes ni melibatkan pembunuhan ke atas dua beradik, Iaitu Amina dan Sara. Mengikut sumber, mereka ni dibunuh oleh bapa mereka sendiri. Kesian plak kan, si bapanya asal egypt while mak dorg ni org america. Yang sedihnya, bapa dorg ni islam, kes ni dilabel sebagai honour murder. Klo korang nak tengok pasal documentary kes ni, korang bole taip 'The Price Of Honor (Crime Documentary) - Real Stories'. Sebab klo nak explain mak aiiihhh, panjang yang amat. Rase x berapa rajin plk nk mengarang panjang2 ni. hehehehe. Or.... korg bole tekan link kat bawah ni. https://www.youtube.com/watch?v=1EUfxrtFGzA&t=18s
Sekian...

Kucing dan batu karang

Satu hari akak opis ajak ak teman dia pegi klinik veterinar, katanye kucing sakit.. so ak tanpa bnyk soal, teruihhh setuju jer, waktu dalam kereta tu sempat la jadi mak cik kepoh duk tanya, kucing dia sakit ape, dia jawab ~ akak rase kucing akak kena batu karang la aminah.. sbb kucing akak xle kencing, air kencing x kua... n me dgn muka terkejut, ternganga mulut, n totally terdiam, dlm hati, akak ni bia betol, kucing ade batu karang... ak diam je sbb akak tu tengah bersedih...

Sampai dekat klinik, dr tu beri penerangan, maybe ade batu karang, so first dia akan masukkan air, if keadaan jerry (nama kucing tu) teruk, dorang terpaksa masukkan jerry dlm ward, ape perhati setiap gerak geri dr tu, dr dia cukur bulu tangan si jerry, cucuk jarum dlm salur darah, masukkan air, pastu dr bg ubat bius, sbb dia nak masukkan wayar dekat bahagian kemaluan si jerry... selepas masukkan wayar, dr sedut air kencing si jerry guna picagari, erm utk makluman korang... jerry ni kucing jantan.. jd ble la dr sedut... aiiyoooo air kencing dgn darah kua, dr cuba picit kemaluan n ade rase macam berpasir sikit, dr ckp mcm ade crystal, tanda2 batu karang n hopefully crystal ni x terbentuk jd batu karang lagi, so x yah operate... dr kasi ak tengok crystal dekat air kencing jerry bawah microscope... si jerry akhirnye dimasukkan ke ward sbb dr nk kn monitor dia utk 2 3 hari ni...

So, utk tahu dgn lebih lanjut, ak google2 la sikit n bce blog2 yg ade, klo kucing terkena batu karang, ianya berpunca drpd:
-Kandungan garam yang tinggi dalam makanan kucing. Biasanya makanan kucing yang terdapat di pasaran seperti Friskies, Smart Heart dan pelbagai jenama makanan lain mengandungi amaun garam yang tinggi.
- Kucing kurang minum air.
- Kucing 'outdoor'.

Kucing jantan paling kerap menghidap batu karang kerana salur kencing kucing jantan lebih halus berbanding kucing betina. Ia bermula dari hablur kecil yang menyekat pundi kencing seterusnya menyukarkan kucing untuk buang air kecil. Jika tidak mendapat rawatan segera, hablur kecil tersebut akan membesar sehingga mengakibatkan penyakit batu karang.

Selain bwk pegi vet, satu care yg boleh dilakukan adalah :blend lobak putih yang dicampur dengan sedikit air, pastu ng dekat kucing, rasenye mungkin agak pahit, mengikut ape yg ak bce la... so selamat mencuba.... winkkk..

Untuk tahu if kucing korng terkena batu karang ke idok, korng ble refer pic dibawah yg menunjukkan posisi kucing ketika nk kencing, skema weyh ayat ak, pasaiiiipaaaa!!!!!!!!!!!

lirik OST cinta si wedding planner

Terngiang ngiang plak lagu ni kt kepala. rase cm nak share ler liriknye.. mp3 nye korng download la sendiri ye.. muahahaahaha

Kekal Bahagia - Ippo Hafiz


Ku telah melupakan dirinya Ku telah benar-benar melepaskan Kini aku hanya ada kamu Mengertilah cintaku Kuatkanlah untuk bersamaku Teguhkan hatimu menemani aku Menjalani waktu-waktu hidupmu Aku kan selalu ada denganmu Memang benar aku mencintaimu Memang benar rasa menyayangimu Setulusnya rasa hati ini Hanyalah padamu Ku harapkan engkau Yang terakhir Dalam hidup ini Setia bersamamu Hingga hujung waktu ku Kekal bahagia selamanya Memang benar aku mencintaimu Memang benar rasa menyayangimu Setulusnya rasa hati ini Hanyalah padamu Ku harapkan engkau Yang terakhir Dalam hidup ini Setia bersamamu Hingga hujung waktu ku [2x] Kekal bahagia selamanya [2x] Bahagia

haiii, jom ikhlaskan hati

Assalamualaikum semua n salam sejahtera, haha.. dah mcm nk bg ucapan pidato plk...
Dah lama sangat tak menjenguk ruangan ni, terlalu bz kalah PM ko!!! hahaha..
Nak kata ak Stress!!!!! tak jgk... hurm... teruskan berusaha, ingat segala yang kita buat adalah kerana Allah.. untuk mendapat keredhaanNYA, so dengan itu, selalulah senyum ya Aminah, whatever ape org nk buat dekat kita, how they treat us, let them be, yg pnting kita kn banyakkan bersabar, bertolak ansur, n yang paling penting, senyum sokmo lah.. hehe... yang penting Allah peduli kepada kita, itu lg penting... cinta hakiki tu.. soooo........

Usaha Tangga Kejayaan, perbaiki diri, jangan malas2, rajin2 kn diri anda,



jgn tengok running man.... ehhh.. hahaha... tgk klo nk release tension ok kot.. hehe..



Solat sunat Musafir


Assalamualaikum... Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut ketibaan Syawal yang mulia.. Alhamdulillah, mesti sekarang ramai yang tak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, termasuk aku juga... So, dikesempatan ini, sebelum kita semua pulang ke kampung halaman, lebih tepat lagi, sebelum kita bertolak pulang ke kampung halaman, kan lebih better klo kita buat sola sunat musafir dulu kawan-kawan.. hehehe... untuk mendoakan semoga perjalan kita nanti lancar dan selamat..

Okayhh... sekarang ak nk cite step2 untuk menunaikan solat sunat musafir ni :
  1. Lafaz niat ketika takbiratul ihram seperti berikut :"Sahaja aku sembahyang sunat musafir 2 rakaat kerana Allah"



  2. Rakaat pertama : Baca Al-Fatihah & surah Al-Kafirun
  3. Rakaat ke dua : Baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas
  4. Selepas salam berdoalah meminta agar Allah memberikan keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan yang hendak dilakukan


MH 17




Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa nahas MH 17, tragedi yang menyayat hati ini amat meruntun jiwa terutama tidak lama lagi umat islam akan menyambut kehadiran Bulan Syawal, tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Ajal maut itu semua rahsia Allah, perbanyakkanlah sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban, semoga Roh mereka ditempatkan dikalangan hambanNYA yang soleh dan solehah serta diampunkan segala kesilapan.

Semoga ahli keluarga mangsa dapat menerima tragedi ini dengan penuh keredhaan, kesabaran dan ketabahan. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada kata yang mampu diucapkan, hanya kesabaran yang mampu dilakukan...


Palestin, gaza


Dalam kita menyambut bulan Ramadhan dengan penuh kenikmatan dan keamanan, aku sayu mengenangkan nasib saudara kita di Palestin, Gaza.. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan merahmati mereka, hanya doa yang mampu aku berikan, Ya Allah.. semoga mereka sentiasa diberi kekuatan untuk mempertahankan kesucian agama..



Aku berharap sangat, kita orang Islam dapat bersatu padu dan sama-sama berjuang dan mengecam penindasan yang dilakukan oleh tentera zionis Israel Laknatullah..

Ya Allah, selamatkan lah mereka, lindungilah mereka Ya Allah.. Amin...